Assalamualaikum wb
Lame dh wa xmenaip kt blog ni,smpi dh bkulat kot..bkn xnk menulis tp bz kot mcari rezeki n cr jodoh,he3...alhamdulillah wa dh kawin n dpt wife yg sempurna d mata ni;) dh lama xmenaip ni jd tepu dh otak..Skrang wa mgajar kt imtiaz kemaman,sekolah yg sgt tbaik dr segi guru2 staf n xpecely my student..i lov u all,ok la stakat ni dulu catatan,k bye.,.
Isnin, 31 Ogos 2009
MAJLIS BERBUKA PUASA MAHASISWA/WI TERENGGANU BERSAMA YAB MENTERI BESAR
SUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA KERAJAAN NEGERI TERENGGANU MELALUI YAYASAN TERENGGANU AKAN MENGANJURKAN MAJLIS TERSEBUT SEBAGAIMANA KETETAPAN BERIKUT:
TARIKH : 12 SEPTEMBER 2009
JAM : 5.00 PETANG
TEMPAT : PACIFIC BALLROOM
HOTEL SERI PACIFIC
KUALA LUMPUR.
Ahad, 23 Ogos 2009
Ramadhan yang penuh makrifat
Ramadhan ditunggu-tunggu
kembali menjengah hati setiap Muslim
memekarkan keberkatan dan kebesaran
Yang Maha Kuasa
Ramadhan yang menyejukkan hatiku
yang melembutkan kerasku
yang mendamaikan gelodak rasaku
yang menghilangkan amarahku
yang menghadiahkan penghargaanku
buat insan-insan tersayang
yang menambahkan cinta kasihku
pada Yang Satu
Ramadhan
syarul Syiam
berikan aku kekuatan akal, fizikal, hati dan iman
jauhkan aku daripada perkara yang dikeji
yang mengurangkan keberkatan
ya Mutakkabir
Ramadhan
syarul Qiyam
malam-malammu malam terindah dalam hidup
malam-malam yg penuh ibadah
malam-malam yang penuh berkat
lalu,
haruskah aku membiarkan malam-malammu berlalu sepi
tanpa sujud syukurku pada
Ar-Rahman
Ar-Rahim
Ramadhan
syarul Quran
bait-baitmu adalah puisi agung
yang menyuntik penawar terbaik buat hati dan jiwaku
patah perkataanmu adalah keajaiban
adalah mukjizat dengan nikmat yang tertinggi
yang menjadi peganganku
penunjuk arah dalam langkah perjalananku
yang menyalurkan kasih suciku buat Yang Maha Agung
Ramadhan
syarul Tarbiyah
hari-harimu adalah satu didikan buatku
yang menundukkan egoku
yang menghilangkan rasa dendamku
yang menjernihkan segala keruh dihatiku
yang memupuk keinginanku menghayati sifat kekasih Allah
yang mulia disisi-Nya
Ramadhan
syarul Jihad
pada setiap langkahku
setiap degup nafasku
setiap denyut nadiku
setiap detik ingatanku
Islam
adalah matahari bagi hatiku
bulan bagi jiwaku
bintang bagi mataku
Ramadhan
perjuanganku menggapai solehah baru bermula
pertemukan aku pada ketibaan-ketibaanmu yang akan datang
rasa rindu dan kasih ini akan selalu mengiringiku sepanjang waktu
selama mana nafas masih menjadi milikku
YA ALLAH
sesungguhnya Engkau tahu setiap bait puisi hatiku
Ramadhan ditunggu-tunggu
kembali menjengah hati setiap Muslim
memekarkan keberkatan dan kebesaran
Yang Maha Kuasa
Ramadhan yang menyejukkan hatiku
yang melembutkan kerasku
yang mendamaikan gelodak rasaku
yang menghilangkan amarahku
yang menghadiahkan penghargaanku
buat insan-insan tersayang
yang menambahkan cinta kasihku
pada Yang Satu
Ramadhan
syarul Syiam
berikan aku kekuatan akal, fizikal, hati dan iman
jauhkan aku daripada perkara yang dikeji
yang mengurangkan keberkatan
ya Mutakkabir
Ramadhan
syarul Qiyam
malam-malammu malam terindah dalam hidup
malam-malam yg penuh ibadah
malam-malam yang penuh berkat
lalu,
haruskah aku membiarkan malam-malammu berlalu sepi
tanpa sujud syukurku pada
Ar-Rahman
Ar-Rahim
Ramadhan
syarul Quran
bait-baitmu adalah puisi agung
yang menyuntik penawar terbaik buat hati dan jiwaku
patah perkataanmu adalah keajaiban
adalah mukjizat dengan nikmat yang tertinggi
yang menjadi peganganku
penunjuk arah dalam langkah perjalananku
yang menyalurkan kasih suciku buat Yang Maha Agung
Ramadhan
syarul Tarbiyah
hari-harimu adalah satu didikan buatku
yang menundukkan egoku
yang menghilangkan rasa dendamku
yang menjernihkan segala keruh dihatiku
yang memupuk keinginanku menghayati sifat kekasih Allah
yang mulia disisi-Nya
Ramadhan
syarul Jihad
pada setiap langkahku
setiap degup nafasku
setiap denyut nadiku
setiap detik ingatanku
Islam
adalah matahari bagi hatiku
bulan bagi jiwaku
bintang bagi mataku
Ramadhan
perjuanganku menggapai solehah baru bermula
pertemukan aku pada ketibaan-ketibaanmu yang akan datang
rasa rindu dan kasih ini akan selalu mengiringiku sepanjang waktu
selama mana nafas masih menjadi milikku
YA ALLAH
sesungguhnya Engkau tahu setiap bait puisi hatiku
Isnin, 27 Julai 2009
koleksi BaranG Emas Milik Sultan Brunei
Emas memang melambangkan kemewahan dan banyak digunakan untuk menunjukkan status sosial seorang dalam masyarakat. Perhiasan dari emas mungkin banyak yang memiliki, tapi bagaiman kalau barang-barang milik anda semuanya terbuat dari emas ? kereta dari emas, handsett emas, tangkai bunga emas, senjata api emas, tempat tidur emas , meja dan kursi makan emas , bathup dari emas dan lain-lain.
Langgan:
Catatan (Atom)